Monday, November 26, 2018

Prezi


Prezi adalah sebuah perisian persembahan yang ditubuhkan pada tahun 2009, dengan pejabat di Budapest, San Francisco, dan Riga. Menurut syarikat tersebut, pada April 2018, Prezi mempunyai lebih dari 100 juta pengguna yang telah membuat lebih daripada 325 juta persembahan awam yang telah dilihat lebih dari 3.5 bilion kali. Kata Prezi ialah bentuk pendek "persembahan" dalam bahasa Hungary.

Prezi ini mempunyai persamaan dengan PowerPoint tetapi lebih menarik dengan animasi yang pelbagai. Perisian ini adalah percuma untuk digunakan dan nampak lebih profesional berbanding perisian persembahan lain. Perzi boleh digunakan samada di dalam kelas atau sebarang persembahan seperti tayangan slaid di depan khalayak.

Saya telah beberapa kali menggunakan Prezi dan sangat berpuas hati. Ia menyediakan pelbagai templat beserta animasi sesuai dengan topik yang ingin di sampai kan. Hanya perlu edit dan lihat hasilnya. Di bawah ini adalah contoh Prezi yang saya hasilkan menggunakan templat sedia ada.

https://prezi.com/p/lb5lznptmcim/

No comments:

Post a Comment