Tuesday, October 31, 2017

Flyers dan Brochure

FLYERS

Leaflet yang terdiri daripada 1 mukasurat. Umumnya ukuran tidak lebih daripada A5 untuk mempublikasikan acara, event atau produk.


BROCHURE

Bahan informasi bertulis yang disusun secara bersistem atau cetakan yang hanya terdiri atas beberapa halaman dan lipatan tanpa jilid atau sehelai cetak yang singkat tapi lengkap.


Tips penghasilan:

  • pemilihan warna dan gambar yang sesuai
  • pemilihan kata-kata untuk judul
  • jenis dan ukuran huruf
  • singkat dan jelas
  • Simbol atau lambang
  • pemilihan informasi
  • ketahui siapa audien
  • kemasan

Perisian yang sesuai digunakan untuk menghasilkan Flyers atau Brochure:

  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Power Point
  • Word
Berikut adalah Flyers yang saya hasilkan.

https://drive.google.com/file/d/0B4_XYu43fgjgNlV6S3NNZWEwNmc/view?usp=sharing


Perbezaan antara warna RGB dan warna CMYK


WARNA RGB
  • Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.
  • Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
  • Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
  • Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.


WARNA CMYK
  • CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
  • Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
  • Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
  • Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.


PERBEZAAN RGB DAN CMYK



RGB
CMYK
  • Red Green Blue (merah, hijau, biru)
  • Cyan Magenta Yellow Black (orang awam bilang biru, merah, kuning dan hitam )
  • RGB merupakan warna-warna primer yang digunakan pada komputer.
  • CMYK merupakan warna-warna primer yang paling banyak digunakan pada printer
  • RGB lebih digunakan untuk design yang akan dipindahkan ke komputer.
  • CMYK lebih digunakan untuk design yang akan dipindahkan ke media cetak.
  • Jika warna RGB di campur semua, akan menghasilkan warna putih
  • Jika warna CMY di campur semua, akan menghasilkan warna hitam


Perbezaan antara Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan Indesgn



ADOBE PHOTOSHOP
ADOBE ILLUSTRATOR
INDESIGN
1. Digunakan untuk mengedit gambar.
1. Digunakan untuk membuat ilustrasi dan membuat objek visual untuk percetakan.
1. Digunakan untuk membuat buku, majalah, katolog dan media-media cetak yang lain yang terdiri daripada lebih dari satu halaman.
2. Photoshop adalah perisian yang berasaskan imej raster. Iaitu imej yang ditentukan oleh bilangan pixel-pixel.
2. Illustractor adalah perisian yang berasaskan imej vector.
2. Penggunaan master layout.
3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Manipulasi foto, menggambar digital painting, membuat brosur
3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Membuat logo, kartun, line art, spanduk, product mock up, brosur dan alat promosi lainnya
3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Membuat buku, company profile, majalah, tabloid dan sebagainya
4. Kelebihan :
  • Mengelola tiap elemen yang ada sangatlah mudah, karena manajemen layer pada photoshop sangat baik. Photoshop kaya dengan warna, sangat handal dan cepat dalam mengolah dan menciptakan gambar berbasis pixel sehingga menjadi pilihan utama baik untuk fotografer ataupun pelukis digital.
4. Kelebihan :
  • Dalam hal mengolah teks dan membuat layout lebih baik daripada photoshop, mendukung multi-page dalam satu lembar kerja yang dinamakan Artboard. Gambar yang dibuat di-illustrator juga dapat dicetak pada ukuran apapun karena tidak akan pecah sebagai ciri khas dari gambar vector.
4. Kelebihan :
  • Fasilitas untuk wrapping teks sangat baik, sesuai dengan fungsinya untuk membuat banyak halaman pada buku. Kemudian untuk semua elemen yang ada di Indesign terhubung berdasarkan link yang ditempatkan diluar file tergantung dengan jenis file tersebut apakah pixel atau vector sehingga ukuran file layout akan sangat ringan.
5. Kekurangan :
  • Tidak dapat membuat multi-page layout dalam satu lembar kerja. Hanya ada dua cara yang cukup merepotkan untuk menciptakan layout yang sama, yaitu copy seluruh isi, kemudian membuat layer baru dan menyembunyikan layer sebelumnya atau buat di lembar kerja baru secara terpisah.
5. Kekurangan :
  • Tidak ada master pages disini dan tidak bisa menambah halaman secara otomatis, fasilitas wrapping text terbatas, jadi jangan buat buku dengan banyak halaman disini karena akan sangat merepotkan.
5. Kekurangan :
  • Bukan buat gambar, karena fasilitas untuk gambar sangat minim, jadi kalau ingin menggunakan foto atau gambar lebih baik diolah dulu di photoshop atau illustrator.

VECTOR vs RASTER

VECTOR

  • Gambar vektor adalah format file grafik berdasarkan ekspresi matematik yang terdiri dari titik (point), garis (line), dan bentuk (shape).
  • Gambar vektor juga mempunyai istilah yang biasa disebut dengan point. Maksudnya point adalah setiap titik (node) yang saling dihubungkan untuk membuat bentuk-bentuk tertentu. Point tersebut boleh ditambahkan, dihapus, atau dipindahkan jalur garisnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu mengikut keinginan anda.
  • Gambar vektor tidak akan blur atau pecah ketika diperbesarkan. Ukuran aslinya akan tetap terjaga tanpa ada penurunan kualiti sedikitpun.


RASTER

  • Gambar bitmap atau disebut juga sebagai gambar raster adalah jenis file gambar yang disusun oleh grid pixel atau titik warna. Ukuran gambar bitmap dapat dikurangi (dikecilkan) tanpa kehilangan kualitinya,
  • Namun gambar bitmap atau raster akan kehilangan kualitinya jika ukurannya meningkat melampaui dimensi aslinya (jika diperbesar maka gambar akan terlihat blur atau pecah).


PERBEZAAN ANTARA VECTOR DAN RASTER



VECTOR

  • Gambar vektor memungkinkan pengguna untuk menjaga kualiti design mereka di berbagai format dan resolusi. Dalam file vektor, masing-masing titik, garis, dan bentuk diciptakan sepenuhnya secara terukur. Gambar vektor tidak akan blur atau pecah, baik ketika diperkecil ataupun diperbesar, ukuran dan kualitinya akan tetap terjaga dengan baik.
  • Dalam design grafik, vektor biasa digunakan untuk membuat:

  1. Logo
  2. Icon
  3. Ilustrasi
  4. Infografik
  5. Font
  6. Pattern
  7. Element pada halaman website
  8. Poster.

  • Gambar vektor sangat tepat digunakan untuk media cetak (print), kerana kualiti warna di layar komputer akan tetap sama ketika dicetak dengan printer.
  • Software yang biasa digunakan untuk design vektor adalah:

  1. AI (Adobe Illustrator)
  2. Coreldraw
  3. Inkscape
  4. Sketch
  5. Affinity
  6. Format file gambar vektor:
  7. AI (Adobe Illustrator)
  8. EPS (Encapsulated PostScript) 
  9. SVG (Scalable Vector Graphics)
  10. DXF (Drawing eXchange Format)


RASTER

  • Gambar bitmap disusun oleh objek yang disebut pixel, Kerapatan ribuan hingga jutaan kotak-kotak warna (pixel) yang tersusun hingga membentuk sebuah gambar tersebut dinamakan resolution.
  • Gambar bitmap memang tidak akan pecah jika ukurannya diperkecil, namun akan terlihat blur dan pecah jika ukurannya semakin diperbesar dari ukuran aslinya.
  • Format file gambar bitmap:

  1. PSD (PhotoShop Document)
  2. TIFF (Tagged Image File Format)
  3. JPEG (Joint Photographic Expert Group)
  4. PDF (Portable Document Format)
  5. GIF (Graphic Interchange Format)
  6. PNG (Portable Network Graphics)
  7. RAW (Right Angle Weave)

Poster Visit Selangor

Selangor adalah tempat kelahiran saya. Selangor terdapat 9 daerah dan saya telah mengenalpasti satu lokasi menarik di setiap daerah di Selangor.

Tadom Hill, Kuala Langat


Batu Caves, Gombak

Dusun Garden Fairies, Hulu Langat

Sungai Chiling, Hulu Selangor

Masjid Sultan Sulaiman, Klang

Bulit Malawati, Kuala Selangor

Sunway Lagoon, Petaling Jaya

Sawah Padi Sekinchan, Sabak Bernam

Avani Gold Coast, Sepang


Tugasan kali ini adalah untuk mencipta sebuah poster bagi menarik minat pelancong datang ke Selangor. Perisian yang digunakan adalah Adobe Photoshop.


Poster

Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang mengandungi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya adalah dengan ditampal pada dinding atau permukaan datar dengan tujuan mencari perhatian orang ramai. Kerana itu poster biasanya dibuat dengan warna-warna kontra.

Poster biasanya memaparkan iklan, pendidikan, motivasi, propaganda, dan dekorasi. Selain itu boleh juga berupa salinan karya seni terkenal.



Ciri-ciri poster:
  • Terdiri daripada huruf dan gambar
  • Di tampal pada dinding atau permukaan datar di tempat umum untuk menarik perhatian masyarakat
  • Campuran warna yang kuat dan kontra
  • Bahasa yang singkat, jelas dan mudah difahami
  • Boleh dibaca sambil lalu


Jenis-jenis poster:
  • Dekoratif
  • Kreatif dan artistik
  • Perkhidmatan awam
  • Hiburan
  • Media / teknik percatakan
  • Pameran
  • Pertandingan
  • Sukan
  • Iklan dan promosi


Fungsi poster:
  • Poster niaga (dibuat sebagai media komunikasi dalam urusan perniagaan untuk menawarkan barangan)
  • Poster kegiatan (kempen atau hebahan program)
  • Poster pendidikan (mendidik dan memberi maklumat)
  • Poster masyarakat (silaturahim dan kesejahteraan bermasyarakat)


Tuesday, October 3, 2017

Self Portrait Typography

Tipografi potret adalah gabungan imej dengan kuasa komunikasi melalui teks. Ia boleh menggambarkan idea atau menerangkan ciri-ciri seseorang dengan menarik segi minat dan daya tarikan visual. Imej yang terhasil ada kalanya nampak gembira, sedih, berwarna-warni atau suram. Walaubagaimanapun, ia adalah cara menyatakan atau mengekspresi diri dengan unik untuk potret percetakan.

Bob Marley

Adam Levine


Berikut adalah tutorial ringkas cara-cara menghasilkan tipografi potret. Perisian yang digunakan adalah AdobePhotoshop.


Melalui tutorial tersebut, saya dapat menghasilkan satu imej potret sendiri.


Monday, October 2, 2017

Tipografi

Tipografi adalah satu gaya dan penampilan dalam cetakan. Ia juga merupakan hasil seni atau prosedur mengatur jenis data pemprosesan dan percetakan di atasnya.




Jenis Tipografi


1. Serif Styles : gaya ini mempunyai tekanan menegak dan serif panjang dan halus, dengan lebar tetap. Serif cenderung menjadi sangat nipis, dan garis menegak sangat tebal.


  • old styles
  • transitional
  • neoclassical & didone
  • slab
  • clarendon
  • glyphic



2. San Serif Styles : Huruf Sans-serif mula-mula berasal pada abad kelapan belas tetapi tidak melihat penggunaan yang meluas hingga abad kesembilan belas. Dalam dunia cetakan, fon serif hampir digunakan secara universal untuk menetapkan teks badan, bagaimanapun di web, sans-serif menguasai.
  • grotesque
  • square
  • humanistic
  • geometric

3. Script Styles : Dengan tiga gaya utama, Plain, Script dan Formal, StylePro mengubah rupa Retro kepada fon yang berbagai gaya dan berkuasa yang boleh digunakan untuk kerja nostalgia atau reka bentuk abad ke-21. Gaya skrip adalah skrip tegak yang cantik dengan rupa yang berbeza dari rupa kepada Kasual hingga Formal.

  • formal
  • casual
  • calligraphic
  • black latter & lombardic


4. Decorative :  Gaya hiasan. Ini adalah yang terakhir dalam siri kategori fon. Fon hiasan dan paparan menjadi popular pada abad ke-19 dan digunakan secara meluas pada poster dan iklan. Gaya jenis dan huruf ini lebih artistik dan menarik perhatian dengan cara yang tidak dipertimbangkan sebelum ini.
  • grunge
  • psychedelic
  • graffiti