Tuesday, October 31, 2017

Poster

Poster merupakan karya seni atau reka bentuk grafik yang mengandungi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar. Pengaplikasiannya adalah dengan ditampal pada dinding atau permukaan datar dengan tujuan mencari perhatian orang ramai. Kerana itu poster biasanya dibuat dengan warna-warna kontra.

Poster biasanya memaparkan iklan, pendidikan, motivasi, propaganda, dan dekorasi. Selain itu boleh juga berupa salinan karya seni terkenal.



Ciri-ciri poster:
  • Terdiri daripada huruf dan gambar
  • Di tampal pada dinding atau permukaan datar di tempat umum untuk menarik perhatian masyarakat
  • Campuran warna yang kuat dan kontra
  • Bahasa yang singkat, jelas dan mudah difahami
  • Boleh dibaca sambil lalu


Jenis-jenis poster:
  • Dekoratif
  • Kreatif dan artistik
  • Perkhidmatan awam
  • Hiburan
  • Media / teknik percatakan
  • Pameran
  • Pertandingan
  • Sukan
  • Iklan dan promosi


Fungsi poster:
  • Poster niaga (dibuat sebagai media komunikasi dalam urusan perniagaan untuk menawarkan barangan)
  • Poster kegiatan (kempen atau hebahan program)
  • Poster pendidikan (mendidik dan memberi maklumat)
  • Poster masyarakat (silaturahim dan kesejahteraan bermasyarakat)


No comments:

Post a Comment