Monday, September 18, 2017

Reka Bentuk Grafik


Grafik (berasal dari perkataan Greek  merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, dan papan. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

Reka bentuk grafik adalah seni berkaitan komunikasi dan proses penciptaan bentuk visual. Ia juga merupakan proses komunikasi visual yang menggabungkan teks dan ilustrasi yang membentuk logo, grafik, risalah, poster, kulit buku, buletin dan lain-lain.

Grafik meliputi beberapa bahan seperti :
  • Lukisan
  • Carta
  • Graf
  • Poster
  • Kartun
















Secara umumnya, reka bentuk grafik adalah satu alat komunikasi, dengan cara menyampaikan maklumat melalui idea visual dan teks.

Oleh itu, kini reka bentuk grafik banyak digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat. Grafik juga seperti bahasa kedua dalam komunikasi selain visualnya yang menarik.