Saturday, November 3, 2018

Scratch

Scratch adalah pengaturcaraan visual dan komuniti dalam talian yang disasarkan terutamanya kepada kanak-kanak, dengan pengekodan dengan data dalam editor. Pengguna boleh membuat projek dalam talian menggunakan blok-blok tersedia. Perkhidmatan ini dibangunkan oleh MIT Media Lab, telah diterjemahkan ke dalam 70+ bahasa, dan digunakan di kebanyakan tempat di dunia.


Scratching adalah teknik yang digunakan oleh joki cakera untuk menggabungkan klip muzik bersama-sama dengan cara yang kreatif dan menghasilkan kesan bunyi yang berbeza dengan memanipulasi rekod vinil pada meja putar. Scratch mengambil namanya dari teknik ini, kerana ia membolehkan pengguna mencampur-campur media yang berbeza (termasuk grafik, bunyi dan program lain) dengan cara kreatif dengan projek "remixing".

Perisian ini memerlukan masa yang lama untuk di teliti dan di teroka. Penggunaannya adalah mudah dengan menarik blok yang ada ke ruang kerja. Terdapat pelbagai skrip seperti pergerakan, bunyi dan kawal. di bawah ini adalah contoh percubaan saya menggunakan scratch.





Kedua dua hasil Scratch ini adalah pelajaran saya bagaimana untuk menukar ikon, pergerakan, menukar latarbelakang dan memasukkan bunyi. Terdapat pelbagai lagi skrip yang ada untuk digunakan bagi menghasilkan game yang menarik.

Kanak-kanak boleh menggunakan perisian ini untuk bermain dan meneroka teknologi. Perisian asas ini sangat mudah digunakan. Penggunaan teknologi dalam sebarang proses pembelajaran dapat memperkembang minda kanak-kanak.




Ini adalah sebuah game yang telah saya hasilkan.

EAT THE FISH!

Click flag to start.
1 point for Yellow Fish.
10 point for Red Fish.
Dont touch Octopus! Your marks will be 0.
Click red button to stop and start again!

No comments:

Post a Comment