Monday, October 15, 2018

Pendidikan Seni & Teknologi

Kursus ini memnadu saya sebagai seorang guru Seni Visual untuk menggunakan teknologi di dalam kelas bagi membantu pelajar saya mencapai Pembelajaran Abad ke-21 selain menarik minat mereka dalam proses pembelajaran berlangsung.

Antara kepentingan teknologi dalam Pendidikan Seni ialah:

  • Banyak maklumat yang boleh dicapai dengan menggunakan teknologi
  • Kemampuan teknologi mengutip dan menyimpan maklumat yang lebih baik daripada secara manual
  • membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan
  • Proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

Terdapat pelbagai perisian percuma yang boleh digunakan dalam pengajaran. Antaranya ialah MentiMeter, Padlet, Prezzi, Google Drawing dan Scratch. Perisian ini adalah sesuatu yang baharu bagi pelajar, yang membuat mereka teruja untuk menggunakannya.

Paparan seterusnya adalah beberapa perisian percuma yang sesuai digunakan untuk proses PdP. 

No comments:

Post a Comment