Monday, October 1, 2018

POWTOON

Powtoon adalah sebuah perisian untuk menghasilkan video animasi. Video yang dihasilkan menggunakan Powtoon sesuai digunakan ketika proses pengajaran sebagai set induksi.

Perisian ini sangat mudah digunakan. Terdapat pelbagai templat tersedia untuk di pilih. Guru boleh menggunakan Powtoon untuk memperkenalkan tajuk pengajaran atau sebagai isi dalam proses PdP. Selian itu, perisian ini boleh digunakan oleh murid memandangkan ianya mudah digunakan dan percuma.

Di bawah ini merupakan percubaan pertama saya menggunakan Powtoon. Dengan menggunakan templat yang ada, saya dapat menghasilkan video pengenalan dengan mudah.



Mengenali setiap kegunaan dalam Powtoon membolahkan saya menghasilkan sebuah lagi video pengajaran yang bertajuk Warna. Video pendek dan ringkas dapat menarik minat pelajar untuk memberi perhatian di dalam kelas selain memudahkan pelajar mengingat sesuatu perkara. Ini kerana, perkara visual lebih mudah diingati berbanding pembacaan.


Melangkah ke abad-21, suasana PdP akan berubah, Perisian ini akan digunakan oleh pelajar sendiri sebagai aktiviti di dalam kelas. Suasa pembelajaran akan lebih menarik dan pelajar juga dapat mempelajari satu perkara baharu iaitu menghasilkan video pembelajaran.

No comments:

Post a Comment