Monday, October 15, 2018

AutoDraw.com

AutoDraw.com
AutoDraw is a new kind of drawing tool that pairs the magic of machine learning with drawings from talented artists to help everyone create anything visual, fast.

AutoDraw ini adalah sebuah perisian percuma yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja samada kanak-kanak atau orang dewasa. Perisian ini sesuai digunakan untuk meningkatkan kemahiran visual selain belajar mengenal warna. di bawah ini adalah lukisan pertama saya menggunakan AutoDraw.



Melukis menggunakan AutoDraw sangat seronok dan mudah. Ia menyediakan perkara-perkara asas dalam melukis seperti pensil, teks, bentuk dan warna. Terdapat pelbagai pilihan objek yang dicadangkan bersesuaian dengan apa yang kita lukis. Saiz objek boleh diubah, diwarnakan dan disusun mengikut citarasa sendiri. Saya telah cuba menghasilkan sebuah permandangan di dasar laut.



Dalam konteks Seni dan Teknologi, perisian ini sangat sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar memberikan tumpuan di dalam kelas. Perisian ini juga boleh digunakan untuk menghasilkan poster selain melukis permandangan.

ENJOY DRAWING!

No comments:

Post a Comment