Wednesday, December 27, 2017

Geometri Islam

Salah satu warisan budaya Islam yang terkenal adalah penggunaan pola geometri pada kesenian dan arkitekturnya. Pada bangunan mahupun karya seni islam pasti sering kali kita temui pola-pola berulang yang membentuk pola baharu yang menjadi gaya desain seni yang diaplikasikan pada bangunan-bangunan seperti dinding-dinding masjid, karpet mahupun kubah yang mencirikan budaya Islam. pengulangan pelbagai bentuk menghasilkan pola-pola yang menarik. hubungan antara titik dan garisan membentuk sebuah arabes dan geometri kompleks yang elegan pada pengaplikasiannya.




Terapat pelbagai pola geometri yang mudah dan menarik. Corak geometri dapat dihasilkan dengan gabungan bentuk-bentuk tertentu juga hasil daripada cantuman garisan-garisan dari titik ke titik yang membentuk pola.




Corak geometri ini boleh dihasilkan secara manual ataupun dengan menggunakan aplikasi pintar. Saya turut menghasilkan satu corak geometri islam menggunakan aplikasi Adobe Illustrator.

 

Corak yang dihasilkan boleh di isi dengan warna yang pelbagai mengikut citarasa individu samada warna yang seragam atau berwarna warni. berikut merupakan hasil akhir corak geometri yang saya hasilkan dengan memasukkan warna yang terdapat di dalam roda warna.





No comments:

Post a Comment