Wednesday, December 27, 2017

Fotografi

Fotografi adalah satu seni melukis dengan cahaya. Jadi faktor cahaya merupakan unsur terpenting dalam seni fotografi. Jumlah cahaya yang digunakan untuk membentuk suatu gambar bergantung kepada kepekaan media (ISO), kecepatan (shutter speed) dan diafragma.

Fotografi merupakan rakaman sejarah yang tidak akan berulang. Seorang Photographer perlu peka kepada persekitaran serta kebolehan mengambil gambar pada waktu dan tempat yang betul. Untuk mendapatkan hasil yang menarik, ahli fotografi perlu bijak menghasilkan titik tumpuan di dalam gambar, peka pada persekitaran dan perlu berani berkarya menggunakan cahaya.

Jenis Kamera:

  • Compact Digital Camera
  • Prosumer Camera
  • Bridge Camera
  • DSLR
  • Mirrorless / Hybrid
  • Boutique Camera
  • Professional DSLR


Seorang photographer perlu  bijak mengawal 3 perkara penting iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO.

Aperture adalah setting yang menjaga bukaan tetingkap yang membenarkan cahaya masuk dan jatuh keatas sensor. Tetingkap yang dibuka besar membenarkan lebih banyak cahaya masuk, manakala tetingkap bukaan kecil memerlukan masa bukaan yang lama.


Shutter Speed dikenali sebagai setting yang menjaga masa bukaan tetingkap. lebih lama tetingkap terbuka, lebih banyak cahaya yang akan masuk.


ISO menentukan tahap kepekaan sensor kepada cahaya. ISO rendah akan menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan memerlukan aperture yang lebih besar dan kelajuan yang lebih lama. semakin tinggi penggunaan ISO, bintik-bintik tona merah akan kelihatan. ISO yang kecil memerlukan banyak penggunaan cahaya.



No comments:

Post a Comment